Assalammualaikum....Smlm kudo baru saja periksa kandungan glukosa dlm darah kudo dan keputusannya agak mengejutkan kudo sbb bacaan glukosa dalam darah kudo 28.5(mmol/l). Selepas risau kandungan glukosa yg tinggi kudo cubalah buat sedikit carian dlm google..mungkin ramai yang tak tahu bacaan glukosa tahap yang baik pada paras 4.4 hingga 6.0 (mmol/l) semasa berpuasa dan 4.4 hingga 8.1 (mmol/l) jika tidak berpuasa.
Bagi yg belum pernah lakukan pemeriksaan glukosa dlm darah, eloklah lakukan dari sekarang mungkin boleh mencegah sebelum parah.Hanya perlukan tidak sampai 5 minit bacaan boleh dibuat.
Apa yang diperlukan hanyalah "Glucose Test". Glucose test ini boleh di dapati di farmasi..sebagai contoh tengok gambar di bawah.
Ok, dlm set ini terdapat meter pembaca paras gula, strip penerima sampel darah, jarum penebuk hujung jari untuk mengeluarkan darah dan kapas antiseptik..Caranya mudah saja masukkan strip penerima sampel darah ke dlm meter pembaca kemudian sapu kapas antiseptik pada jari yg hendak di tebuk dgn jarum.
Selepas itu gunakan jarum penebuk yg telah di masukkan jarum di dalamnya dan tembak ke hujung jari.Alirkan darah ke strip sampel darah dan tunggu sehingga bacaan tertera di skrin.
Selepas ini boleh la periksa sendiri kan.Tidak sampai 5 minit dah boleh check bacaan glukosa kan.
p/s : pastikan darah di alirkan penuh ke dalam strip klu tidak bacaan menjadi error.

2 comments:
mr.kudo saya pun nak check gak...risaw gak...xpernah pn check pn sebelum ni...
klu risau..ari sabtu nie bangun awai....kita gi kluarkan peluh
Post a Comment