Dua tiga hari ini kudo rasa ramai sangat orang dalam kekeliruan, mencari fakta, mencari berita sehingga hal-hal tersebut seolah-olah merumitkan kehidupan sendiri.
Tak semua persoalan perlukan penjelasan, mungkin kita tidak faham apa maksud dari semua Qada dan QadarNya, tetapi pasti Allah ada jawapan atas semua itu.
Gunakan kesempatan untuk kebaikan sebelum segalanya terlepas dari genggaman.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…
Friday, January 21, 2011
BERSANGKA BAIK ITU INDAH
Posted by Kudo at 4:31 PM 0 comments
AKU ADA RUANG AKU SENDIRI
Aku ada ruang aku sendiri...jgn tnya kenapa dan mengapa...dewasa adalah aset aku, ceria slalu hingga tahap maksimas..terbang bersama aku...jgn tuduh aku jahat sblum kenal..aku tahu apa yang aku buat tpi korang tak pernah tahu...hidup ini mesti bebas, makan, minum, bermain atau jgn buat apa apa..ini adalah kehendak maksima aku...tapi di hujungnya pasti ada sempadan..ingt itu...
Bg yg xkenal kudo..apa pun tanggapan org xkan pernah terkesan pun di hati ini...kudo tahu apa yg kudo buat...kudo tahu sempadan...mmg kudo penah tersilap langkah...tapi salah skali bknnya selamanya salah...klu nk anggap kudo nie jahat maka jahat la kudo bg korang...hidup kudo..kudo yg tentukan...bkan orang lain...klu btoi korg kenai kudo...selami la hati kudo...baru korg tahu siapa kudo sebenarnya...
Cheers...
Posted by Kudo at 3:33 PM 1 comments
